MCA minta DAP buka mulut isu Titah Addendum

 


DAP yang mempunyai lima menteri dalam Kerajaan Perpaduan digesa membuka mulut berhubung kewujudan Titah Addendum tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon turut meminta Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong tampil menjawab sama ada  DAP bersedia memohon maaf kepada rakyat berhubung Titah Addendum yang disorok selama setahun ini.

Menurut beliau, Kah Leong dan ramai pemimpin DAP dilihat memesongkan perkara pokok berhubung Titah Addendum dengan mengkritik MCA kerana bersolidariti bersama Najib menuntut keadilan. 

"Propaganda yang dimainkan oleh mereka ialah MCA membela individu yang didapati bersalah. 

"Sedangkan MCA konsisten dengan pendirian parti yang sentiasa mendokong Perlembagaan Persekutuan dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Addendum Januari tahun lalu.

Titah Addendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit skandal dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Surat dari Istana Pahang yang mengesahkan kewujudan Titah Addendum itu tular dalam media sosial sejak kelmarin.

Tian Soon memberitahu, adalah ditegaskan bahawa Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa prerogatif kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa jua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Beliau menambah, keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari lalu yang membenarkan Najib memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah, membuktikan kewujudan Titah Addendum tersebut.

"Perkembangan ini pastinya menimbulkan seribu tanda tanya dikalangan rakyat, adakah kerajaan hari ini menipu dan tergamak menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong kerana tidak menjunjung atau melaksanakan Titah Addendum tersebut?" soalnya.


BACA LAGI






Check out Sang Bulu Hair Removal Spray Sensitive Armpit Remove Hair | Spray Buang Tanggal Bulu Tanpa Cu



Catat Ulasan

0 Ulasan