Beza pendirian dengan Hilman punca ketua biro Armada letak jawatan

 


Exco Armada, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin menjelaskan, beliau meletak jawatan Ketua Biro Profesional dan Sukarelawan sayap itu ekoran perbezaan pendirian dengan Ketuanya Muhammad Hilman Idham.

Menurut beliau, keputusan itu adalah berkenaan struktur pentadbiran Armada yang dilihat luar dari kebiasaan.

"Ia tidak menggambarkan amalan pentadbiran yang baik dengan risiko menggugat kestabilan Armada seluruhnya," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Wan Meor Safwat Naqiuddin telah memaklumkan peletakan jawatan selaku ketua biro pada mesyuarat pertama Armada pada 5 Januari lalu namun mengekalkan jawatan Exco.

Beliau akan menjalankan peranan dan tugas sebagai Exco tanpa portfolio dengan fokus memberdayakan dan memaksimumkan potensi, tenaga dan bakat ahli-ahli Armada bagi sasaran pembinaan profil kepimpinan & kebolehterimaan/kebolehpasaran pemimpin yang kukuh;  pemantapan ilmu pengetahuan berkaitan dasar, politik, pentadbiran dan pengetahuan am; pelestarian dan pengukuhan organisasi Armada  semua peringkat; dan penyediaan kendiri untuk menjadi kalis cabaran dinamika politik, perubahan sosial dan ketidaktentuan ekonomi kearah misi memenangi pilihan raya dan Bersatu sebagai parti pilihan rakyat.

BACA LAGI




Check out HiiPET🔥Hot🔥25Pcs Deluxeclean 5In1 Super Laundry Capsule Laundry Beads 洗衣凝珠胶囊 Kapsul Manik Cucian Pakaian for RM18.90. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/2fvMTaGI6i?share_channel_code=1 




Catat Ulasan

0 Ulasan