Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini:
Analisis Joceline Tan dalam The Star kononnya “Pas the winner and Umno the loser” kerana batal perhimpunan “Solidariti Najib” amat dangkal.
Sumber dia hanya Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segamat. Bastan Onn tidak tahu “wisdom” tindakan UMNO.
Tidak timbul Akmal hero. Parti tidak pernah melarang ahli atau pemimpin hadir perbicaran Najib di Mahkamah. Itu biasa. Presiden dan Setiausaha Agong beberapa kali ke mahkamah beri sokongan pada Najib.
Akmal bukan hadir perhimpunan. Dia sendiri melarang Pergerakan Pemuda hadir perhimpunan seperti dirancang. Tidak timbul UMNO rasa malu. UMNO mengambil tindakan taktikal. Sebab itu analisis Joceline Tan amat cetek.
Mungkin ada Ketua Bahagian bising bila perhimpunan dibatalkan kerana mereka keluar belanja sendiri untuk bas dan cetak t-shirt. Tetapi mereka akur arahan parti. Tidak ada bas-bas UMNO sampai. Itu maknanya UMNO solid.
Tidak timbul isu “Blame game” atau Umno lepas tangan seperti dakwaan Joceline. Zahid kemuka afidavit titah adendum pada 17 April 2024. Wan Rosdy pada 21 Mei 2024. Zahid, Wan Rosdy dan Nizar “gamble” kerana mereka berjawatan dalam kerajaan.
Kenapa PAS dan Bersatu membisu? Kenapa sekarang baru menyalak? Sebab itu tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Muhyiddin adalah sebahagian strategi membela Najib.
Sebenarnya UMNO “the winner”. Ahli UMNO solid ikut arahan parti. UMNO akur nasihat YDP Agong. Afidavit Zahid, Wan Rosdy dan Nizar bukan “hearsay”. Akhirnya Mahkamah putus titah adendum wujud.
Sepatutnya Joceline Tan cabar PAS dan Bersatu adakah mereka sedia berhimpun lagi untuk memohon Najib dapat pengampunan penuh?
UMNO akan meneruskan pembelaan Najib melalui proses perlembagaan. UMNO kekal dengan pendekatan tegas tetapi berhemah.
Joceline Tan jangan samakan UMNO dengan PAS dan Bersatu yang suka main wayang. Naifnya Joceline Tan.
0 Ulasan