Seorang netizen mempersoalkan mengapa video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang diterbitkan Tourism Malaysia tidak memaparkan masjid.
Berikut adalah hantaran Facebook Ahmad Aiman semalam:
Video pendek dan lagu promosi visit Malaysia 2026 menarik dan cantik. Ada gambar gereja, kuil Batu Cave dll. Cuma sepintas lalu saya lihat, sebuah masjid pun tiada.
Kita ada puluh ribu masjid surau, bukan sekadar bersejarah serta estetik malah itulah identiti utama negara kita, namun tak sebuah pun di promosikan dalam video tersebut.
Saya rasa ini tidak wajar dan tidak sesuai agenda Malaysia Madani hari ini. Penjelasan perlu diberikan, kenapa 41 saat video tak boleh letak beberapa saat masjid?
Beberapa netizen yang turut membangkitkan persoalan yang sama pada ruangan komen hantaran video berkenaan di laman Facebook Tourism Malaysia.
Mereka bertanya mengapa masjid yang menjadi mercu tanda kebanggaan negara seperti Masjid Negara dan Masjid Putra tidak dipaparkan dalam video tersebut.
Tidak pasti sama ada video itu adalah teaser sahaja dan ada video versi penuh yang bakal menyusul.
0 Ulasan