Panggil orang lain 'bodoh' cerminan rendahnya nilai seorang menteri


Berikut adalah kenyataan Timbalan Ketua Penerangan PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad hari ini:

Beberapa hari ini, isu penjualan sandwich 'ham & cheese' menggunakan logo halal palsu yang dijual di KK Mart Universiti Malaya telah meniup api kemarahan umat Islam di seluruh Malaysia.

Kepalsuan ini disahkan melalui satu kenyataan media daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menyatakan bahawa produk tersebut bukan sahaja tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), malah syarikat yang menghasilkan produk itu juga bukan pemegang SPHM.

Dalam kehidupan umat Islam, halal bukan sekadar keperluan, tetapi juga satu bentuk ibadah yang mencerminkan kepatuhan kepada perintah Allah. 

Setiap produk atau perkhidmatan yang digunakan mestilah bebas daripada unsur syubhah (keraguan) atau haram yang boleh menjejaskan kesucian spiritual umat. 

Oleh itu, pensijilan halal memainkan peranan penting sebagai jaminan dan panduan untuk umat Islam membuat pilihan dengan yakin dan tenang. 

Tindakan memalsukan logo halal pada makanan bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga membuka ruang kepada fitnah yang besar terhadap umat Islam.

Dalam konteks ini, kenyataan atau tindakan oleh pemimpin politik seperti Nga Kor Ming seharusnya dilakukan dengan penuh cermat dan sensitiviti terhadap masyarakat Islam di Malaysia. 

Panggilan seperti 'bodoh' kepada pihak yang bertegas dalam isu ini bukan sahaja tidak wajar, malah mencerminkan rendahnya nilai seorang Menteri. 

Nga Kor Ming perlu mendalami isu-isu agama dan budaya masyarakat Malaysia secara lebih inklusif dan sensitif, termasuk memahami keperluan umat Islam dalam hal pensijilan halal.

Akhir sekali, PAS menegaskan pendirian untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mensabotaj prinsip pensijilan halal ini. Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab dalam isu ini. 

Manakala, nasihat ikhlas buat Nga Kor Ming, fahami dan hormati sensitiviti-sensitiviti agama di Malaysia ini dengan sebaiknya jika ingin kekal di kerusi Parlimen dengan selesanya.


BACA LAGI



Check out CAMAY Spray Serangga Organik Spray Lipas Semut Nyamuk Lalat Pokok Anai-anai Kutu Kucing Kamitetep Pepijat Pacat Charlie for RM15.00 - RM49.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/4AkNGbHqVc?share_channel_code=1 




Catat Ulasan

0 Ulasan