Berikut adalah kenyataan media Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat hari ini:
CUEPACS memandang serius polemik berkaitan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) yg melibatkan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan (KKM) dan petugas-petugas kesihatan termasuk pegawai perubatan terutama mereka yang berkhidmat di hospital kerajaan.
CUEPACS berpandangan isu ini perlu diselesaikan segera di meja rundingan secara profesional dan bukannya di media sosial agar perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.
CUEPACS menyeru kepada semua pihak agar memberi peluang dan ruang kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan Kepimpinan Tertinggi KKM utk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan agar situasi menang-menang dapat dicapai.
CUEPACS sendiri pada 6 Januari lalu telah pun mengadakan sesi libat urus dengan Yang Berhormat Menteri Kesihatan bagi menyuarakan padangan mewakili pekerja-pekerja di lapangan.
Berilah peluang kepada Yang Berhormat Menteri untuk menyelesaikan isu ini tanpa sebarang tekanan yang tidak perlu seperti ugutan dan sebagainya.
Dalam masa yang sama CUEPACS memohon KKM utk berunding dengan pihak persatuan dan kesatuan yang sah seperti MMA yang mewakili profesion pegawai perubatan untuk mendapatkan satu keputusan yang baik antara kedua belah pihak.
CUEPACS menasihatkan agar semua petugas kesihatan memberi kerjasama penuh kepada KKM agar tidak membuat sebarang kenyataan bersifat provokasi bagi menggugat keharmonian hubungan pekerja dengan majikan.
CUEPACS percaya polemik yang berlaku ketika ini akan dapat ditangani dengam situasi menang-menang kepada semua pihak.
Teruslah bertugas dengan semangat profesional yang tinggi demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Check out Combo 2 Sambal Rindu Paling Laris Sesuai Makan Dengan Apa Pun - 3 Level Kepedasan Sambal Hitam N9 for RM28.80. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/9UlwmQBJEE?share_channel_code=1 |
0 Ulasan