Tiada salah laku jual beli saham MAHB - KWSP

 


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada penjualan tersebut.

Menurut KWSP, tuduhan tersebut adalah tidak berasas. 

"Selaras dengan Polisi Chinese Wall KWSP, terdapat sempadan yang ketat antara pasukan yang mempunyai akses kepada maklumat bukan awam dan pasukan yang mengendalikan pelaburan pasaran awam bagi memastikan tiada pertindihan maklumat di antara kedua-duanya. 

"Pasukan pelaburan pasaran awam beroperasi secara bebas dan membuat keputusan dagangan hanya berdasarkan maklumat yang tersedia secara umum," katanya dalam kenyataan media, kelmarin.

KWSP mengalu-alukan sebarang semakan dan siasatan terhadap pelaburannya dalam MAHB serta kekal komited terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban. 


BACA LAGI


MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan