Fenomena 'badan tanpa kepala' pernah berlaku dalam PAS - Puad

 


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, fenomena 'badan tanpa kepala' bukan sesuatu yang pelik dalam politik malah pernah berlaku dalam PAS.

Menurut beliau, Parti Amanah Negara (Amanah) lahir kerana ramai yang tidak suka dengan kepala iaitu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

'Mungkin bila kepala kena buang maka masalah ketaksuban, fatwa songsang, mempolitikkan hadis dan ayat al-Quran dapat dikurangkan," katanya dalam hantaran Facebook, semalam.

Keputusan pemilihan PKR di peringkat cabang baru-baru ini menyaksikan berlaku fenomena 'badan tanpa kepala' di mana nama-nama besar seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli Abdul Halim dan Akmal Nasir tewas walaupun pasukan mereka menang.

Mohd. Puad menambah, kalau ahli tidak suka ketua tetapi suka barisan 'cainya' tidak bermakna ada penyelewengan atau demokrasi telah dicemari.

"Umpama seekor lembu. Majoriti tidak suka kepalanya. Mereka suka badan dan ekornya. 

"Ekor lagi sedap kalau buat sup. Biasanya kepala lembu ditanam," jelasnya.

BACA LAGI

MENARIK



Catat Ulasan

1 Ulasan