Hamzah amat terkejut PMX pun dalam senarai TCO

 


Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin amat terkejut apabila mendengar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau pun dalam senarai perintah kawalan perjalanan (TCO).

Sehubungan itu, beliau bagi pihak rakyat memohon kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar jangan sesekali melakukan tindakan itu ke atas Perdana Menteri. 

"Kerana beliau bukan penjenayah dan antikerajaan," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Hamzah yang baru pulang dari luar negara atas urusan rasmi turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang telah mengarahkan semua TCO ditarik balik.

Beliau telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh pegawai imigresen yang bertugas sebelum berlepas.

"Apabila perkara ini dibangkitkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, saya ingin memaklumkan bahawa saya juga mengalaminya sejak tahun lepas," jelasnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan