Akar umbi kecewa isu titah adendum tak disebut dalam kenyataan MKT UMNO

 


Ramai ahli akar umbi UMNO meluahkan kekesalan dan kekecewaan apabila kenyataan media selepas mesyuarat MKT UMNO pada 30 April lalu langsung tidak menyebut tentang perkembangan terkini rayuan kes titah adendum.

Tiada langsung disebutkan walau sepatah huruf pun sekali gus mencetuskan tanda tanya sama ada MKT UMNO telah mengetepikan perjuangan membeli nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setelah teruk dikecam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki akhirnya menjelaskan bahawa isu itu turut dibincangkan dalam mesyuarat.

Cuma katanya, apa yang dibincangkan tidak wajar didedahkan. Tak tahulah apa yang ingin dirahsiakan sehingga tidak dimasukkan langsung dalam kenyataan.

Walau apa pun alasannya, akar umbi sukar menerima sikap sebahagian besar MKT yang dilihat seperti tidak serius dalam memperjuangkan keadilan untuk Bossku. 

Sejak dari mula Najib dipenjarakan, hanya berapa kerat sahaja pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang berani bersuara lebih-lebih lagi dalam isu titah adendum.

Apakah mereka terlalu sayangkan jawatan dalam kerajaan sehingga takut untuk bersuara bagi menunjukkan solidariti bersama Najib?

Akar umbi sudah bosan dengan retorik yang ditunjukkan sewaktu berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO. Cakap berapi-api di dalam Dewan Merdeka tetapi bila keluar habuk pun tarak.

MKT UMNO jangan terlalu selesa dengan kedudukan yang mereka nikmati sekarang di bawah payung Kerajaan Madani. 

Keputusan PRU15 dan enam PRN telah menunjukkan kuasa akar umbi. Dengarlah suara mereka dan tunjukkan keikhlasan dalam memperjuangkan nasib Bossku.

Jika hendak sebut dalam kenyataan media pun takut-takut, tak mustahil penolakan akar umbi yang lebih dahsyat akan berlaku pada PRU16 kelak.

Ramai yang tidak keluar mengundi pada PRU15 dan enam PRN sebagai tanda protes terhadap kegagalan MKT membela nasib Najib.

Jangan terkejut jika pada PRU16 nanti mereka mengundi parti lawan.

BACA LAGI

MENARIK





Catat Ulasan

0 Ulasan