Berikut adalah hantaran Facebook penganalisis politik, Lim Sian See kelmarin:
Ternak lembu dalam kondo bakal memberi pulangan sehingga RM560 juta.
Dulu, NFCorp diserang habis-habisan. Dituduh salah guna dana, dikaitkan dengan kondominium mewah, ternak lembu dalam kondo dan dijadikan simbol kegagalan dan rasuah - semua semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan BN masa Najib.
Tapi sekarang, apa yang berlaku?
- Mahkamah Tinggi telah melepaskan dan membebaskan pemilik NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh dan tiga anaknya daripada semua tuntutan sivil kerajaan.
- Tiada salah guna. Tiada pecah amanah.
- Malah, kerajaan BN sebelum Najib jadi PM pula yang didapati melanggar perjanjian, termasuk gagal membina rumah sembelih eksport seperti dijanjikan; dan
- ini membenarkan NFC untuk membuat pelaburan lain sepert kondo bagi mendapat pulangan untuk membiayai kos faedah dari pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta.
Dan yang lebih menarik…
- Public Bank pula diarahkan bertanggungjawab kerana mendedahkan maklumat akaun NFC secara salah kepada pihak ketiga.
- Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan secara muktamad bahawa Public Bank bersalah dan memutuskan bahawa NFC berhak tuntut pampasan besar dari Public Bank.
Kini, NFC sedang menuntut ganti rugi RM560 juta iaitu lebih dua kali ganda daripada jumlah pinjaman awal mereka yang hanya RM250 juta.
Mahkamah akan memutuskan jumlah ganti rugi ini pada 18 Jun 2025 nanti - sama ada NFC akan menerima RM560 juta yang dituntut, kurang atau lebih dari itu.
Ya. Dulu dituduh seleweng RM250 juta.
Kini menang saman dan bakal mendapat pampasa besar sehingga RM560 juta.
Dan lebih ironi, selepas kalah kes, kini ada kemungkinan Public Bank akan saman balik bekas pekerja mereka dan Rafizi Ramli - individu yang mendedahkan maklumat sulit itu untuk menuntut pampasan atas kerugian besar yang terpaksa ditanggung.
Rafizi pun senyap. Seluruh PH pun pura-pura lupa serangan mereka.
JKOM pula terus membisu.

0 Ulasan