Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini:
Nurul Izzah kata dasar dan idea Rafizi akan diteruskan. Saya tanya Nurul Izzah apa dia idea Rafizi yang bagus sangat untuk rakyat atau negara? PADU? Turun harga kereta?
Izzah perlu lebih spesifik apa dia gagasan Rafizi yang telah mengubah wacana negara? Beri satu contoh khususnya dalam tadbir urus dan keadilan ekonomi.
Jangan hipokrit. Saya setuju dengan Nazri Aziz. Tidak perlu pujuk macam Rafizi itu bagus sangat. Kurangkan drama politik.
Cakap sahaja bahawa Rafizi tidak diperlukan sebab itu kamu lawan dia. Beritahu Presiden ganti segera Rafizi dan Nik Nazmi. Ganti dengan yang lebih bagus. “Move forward and move fast”.

0 Ulasan