Berikut adalah kenyataan media Ketua PKR Cabang Tenggara, Fakharuddin Moslim semalam:
Respons Terhadap Kenyataan Dr. Puad Zarkashi Mengenai pemilihan Keadilan dan YB Rafizi Ramli
1. Fokus Kepada Pengukuhan Kerajaan Perpaduan
• Pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Dr Puad Zarkashi seharusnya memberi fokus kepada usaha memperkukuh Kerajaan Perpaduan, bukan mengeruhkan keadaan dengan kenyataan yang mencetuskan ketegangan sesama rakan gabungan.
2. Pemilihan PKR Adalah Urusan Dalaman Parti
• Proses pemilihan dalam PKR adalah urusan dalaman PKR dan tiada kaitan langsung dengan UMNO atau mana-mana komponen lain dalam Kerajaan Perpaduan.
3. Dr. Puad Perlu “Move On”
• Sikap Dr. Puad yang sering mengulas dan menyerang Rafizi Ramli menunjukkan seolah-olah beliau masih belum “move on” dan masih obses mahu menjadi “Menteri Hal Ehwal Rafizi”.
4. Hormati Rakan Komponen Kerajaan
• Kita perlu saling menghormati antara rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan dan mengelakkan kenyataan yang bersifat menyerang peribadi yang boleh menjejaskan kestabilan gabungan.
5. Jangan Gugat Persefahaman Politik
• Kenyataan seperti ini hanya akan membuka ruang kepada pihak lawan untuk memecah-belahkan kesatuan yang dibina bersama demi kestabilan negara.

0 Ulasan