Anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar diminta bersikap lebih jujur dalam isu pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Nurul Izzah turut membantah kontrak Azam disambung setahun lagi.
Menurut beliau, pendirian itu dibuat ketika beliau sudah mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
"Apakah itu sebahagian manifesto dia merebut jawatan berkenaan atau setakat retorik politik?
"Sepatutnya Nurul Izzah lebih jujur iaitu menyatakan apa dia akan buat jika menang.
"Apakah dia akan desak ayahnya (Presiden PKR/PMX) batal pemanjangan kontrak Azam Baki?" soalnya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Tambah Mohd. Puad, jika menang, Nurul Izzah dianggap tidak bertanggungjawab jika tidak menyertai Kabinet. dan keluarganya akan dituduh ada motif lain.
"Jika menang, jadilah menteri. Tunjuk kemampuan kamu buat apa yang kamu cakap. Bagi peluang kepada rakyat untuk menilai.
"Lawan sampai habis bahawa reformasi institusi itu adalah benar," jelasnya.

0 Ulasan