Apakah reformasi institusi itu benar? - Puad

 


Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan mengenai janji reformasi institusi yang pernah dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum menjadi kerajaan dahulu.

Menurut beliau, tulisan Romen Bose mengenai cara hakim-hakim termasuk Ketua Hakim Negara dilantik semasa PH1.0 tadbir negara bukan perkara baharu.

"Banyak kali dibangkitkan. Tetapi apa tindakan yang diambil," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd. Puad berkata, berdasarkan laporan pasukan petugas khas (STF) terhadap buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas pada 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan. 

"Apa jadi?" soalnya.

Beliau menambah, laporan STF itu mendedahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tommy melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (JAC 2009).

"Sekarang ia berbangkit lagi. Justeru apakah 'reformasi institusi' itu benar?" soalnya lagi.

BACA LAGI

MENARIK



Catat Ulasan

0 Ulasan