Rafizi patut berhenti jaja formula baharu

 


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini:

Ini antara yang Rafizi cakap dalam jelajah HIRUK….

“Kalau saya kalah, saya akan letak jawatan. Saya akan kembali sebagai ahli parlimen biasa. Dan saya juga bersyukur ada hikmah dia atas beberapa perkara. Satu, saya tidak dibebankan dengan tugas sebagai Menteri. Teruk tahu jadi Menteri ni. Banyak tanggungjawab. Tak terbuat. Yang kedua, yang saya lagi happy mulut dan tangan saya. Mulut tidak boleh ditutup. Tangan tidak terikatlah”.

Kalau Rafizi mahu berhenti menteri, maka Rafizi patut berhenti menjaja formula baru. Apa guna formula jika ia tidak boleh diuji. Macam mana mahu diuji keberkesanannya, jika  tidak pegang kuasa atau bila ada kuasa, tetapi dia tidak mahu jadi Menteri.

Jadi menteri memanglah teruk. Tidak tidur lena kerana akan difitnah. Tetapi itu bukan cakap yang sesuai oleh seorang reformis. Mana boleh kata tidak terbuat. 

Bagaimana politik baru akan menjadi realiti jika itu mentaliti pelapis masa hadapan. Mesti idealis tetapi realis. Mana boleh kerja menghasut sahaja. Rafizi perlu kekal menteri. Nurul Izzah kena jadi menteri. Buktikan kerja kamu.

Catat Ulasan

0 Ulasan