Berikut adalah hantaran Facebook Najib Razak hari ini:
Kalau Najib nak ulang "cash is king", apa masalahnya kalau wang itu disalur terus kepada rakyat miskin yang memerlukan?
BR1M bukan sogokan politik - ia dasar pengagihan semula kekayaan negara secara langsung kepada golongan B40 dan M40 tanpa kira agama, bangsa, lokasi atau kecenderungan politik.
Tidak perlu melalui lapisan birokrasi, tidak perlu tunggu projek mega yang entah bila nak siap.
Dapat terus ke tangan ibu tunggal, nelayan, pekebun kecil, peniaga pasar malam dan pada masa sama ianya bantu menaikkan ekonomi tempatan terutamanya di luar bandar - itu kezaliman atau keadilan?
Ironinya, selepas kutuk BR1M sebagai "dedak" dan "cash is king", kerajaan-kerajaan selepas Najib - termasuk zaman Tun M sendiri masa PH 1.0 - teruskan juga bentuk bantuan tunai BR1M ini.
Tukar nama sahaja: Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatan Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR)... Tapi prinsip tetap sama - bagi wang kepada golongan Rakyat yang paling memerlukan.
Malah sampai sekarang, ramai masih panggilnya BR1M - walau apa pun nama baru yang kerajaan tukar.
Najib dituduh beri wang kepada Rakyat untuk meraih sokongan, tapi pemimpin yang tuduh itu pun buat benda sama.
Realitinya, bantuan tunai bersasar adalah cara paling telus dan efisien untuk membantu Rakyat.
Kerana pengurusan ekonomi yang cekap, jumlah BR1M dan bilangan penerimanya meningkat hampir 4 kali ganda dalam tempoh 6 tahun - daripada RM500 pada 2012 ketika ianya diperkenalkan Najib kepada RM2,000 pada 2018.
Pada masa yang sama defisit fiskal kerajaan turun 8 tahun berturut-turut tanpa menaikkan kadar cukai atau memperkenalkan pelbagai cukai-cukai baharu selain menggantikan cukai SST 10%+6% dengan GST 6%.
Maknanya, di bawah Najib, kerajaan bukan saja mampu bantu lebih ramai rakyat dengan jumlah bantuan yang lebih besar, malah lakukan semua itu tanpa merosakkan kewangan negara.
Jadi, jelas bukan satu masalah pun untuk kerajaan Najib waktu itu semakin mengagihkan lebih banyak kekayaan negara kepada Rakyat melalui "cash is king" iaitu peningkatan BR1M.
Semoga Tun Mahathir berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Disebabkan pengurusan ekonomi yang kukuh ketika era beliau sebagai Perdana Menteri, ianya bukan masalah untuk Najib melaksanakan pendekatan "cash is king".
Ia merupakan dasar pengagihan semula kekayaan negara secara langsung kepada golongan B40 dan M40, tanpa mengira agama, bangsa, lokasi atau kecenderungan politik — dilaksanakan melalui pemberian BR1M.
Biar data dan fakta berbicara.
1. Dividen KWSP
Zaman Najib (2009–2017):
* Purata: 6.19%
* Paling rendah: 5.65%
* Paling tinggi: 6.90%
Selepas Najib (2018–2024):
* Purata: 5.72%
* Paling rendah: 5.20%
* Paling tinggi: 6.30%
KWSP satu-satunya yang hampir menyamai prestasi zaman Najib, tapi masih belum lepas paras purata dulu.
2. Dividen ASB
Zaman Najib:
* Purata: 8.38%
* Paling rendah: 7.25%
Selepas Najib:
* Purata: 5.51%
* Paling tinggi pun hanya: 7.00%
Bahkan rekod terbaik era selepas Najib masih lebih rendah dari rekod terburuk zaman Najib.
3. Hibah Tabung Haji
Zaman Najib:
* Purata: 6.75%
* Paling rendah: 5.00%
Selepas Najib:
* Purata: 2.85%
* Paling tinggi pun hanya: 3.25%
Tabung Haji merudum terus. Dulu paling rendah 5%, sekarang nak dapat 3% pun susah.
4. Dividen LTAT
Zaman Najib:
* Purata: 14.10%
* Paling rendah pun 12%
Selepas Najib:
* Purata hanya 3.90%
* Paling tinggi pun sekadar 5.25%
Dan biar lebih banyak Fakta Bercakap Sendiri
Hutang Langsung Kerajaan
* Tahun 2017 (Najib): RM686.8 bilion (Debt to GDP 50.0%)
* Suku 1 2025: RM1,277.3 bilion (Debt to GDP 65.5%)
Naik lebih RM590 bilion dalam tempoh 7 tahun.
Kadar Defisit Bajet Kerajaan
* Tahun 2017: 3.0% (defisit diturunkan 8 tahun berturut-turut)
* Tahun 2024: 4.1%
Purata Pertumbuhan Ekonomi
* 2009–2017 (Era Najib): 4.8%
* 2018–2024 (Era selepas Najib): 3.5%
Ekonomi semakin perlahan walaupun hutang makin tinggi.
Perubahan Saiz Aset (9 tahun Najib vs 7 tahun selepas Najib)
* Petronas: naik RM421.3 bilion (naik 3 kali ganda) vs naik RM166.8 bilion (selepas Najib)
* KWAP: naik RM88.8 bilion (naik 4 kali ganda) vs naik RM44.8 bilion
* Khazanah: naik RM84 bilion (naik 4 kali ganda) vs turun RM12.4 bilion
Walaupun sudah lebih 7 tahun berlalu sejak PRU14, paras indeks Bursa Malaysia dan nilai Ringgit masih belum sekali pun kembali ke tahap yang dicapai semasa era Najib sebelum pilihan raya itu.
Masa Najib: aset naik, gaji Rakyat naik laju, pulangan kepada Rakyat tinggi, ekonomi berkembang laju, hutang terkawal.
Dan semuanya ini dicapai tanpa menaikkan kadar cukai atau memperkenalkan pelbagai cukai-cukai baharu selain menggantikan cukai SST 10%+6% dengan GST 6%.
Jadi ianya bukan masalah untuk jumlah BR1M dan bilangan penerimanya meningkat hampir 4 kali ganda dalam tempoh 6 tahun - daripada RM500 pada 2012 ketika ianya diperkenalkan Najib kepada RM2,000 pada 2018 iaitu tahun akhir Najib jadi PM.
0 Ulasan