DAP Jasin nak bertanding di Merlimau ke? - Akmal

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh bertanya sama ada DAP Jasin mahu meletakkan calon untuk bertanding di Merlimau atau mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Jasin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jasin bertanya mengenai cadangan Ketua DAPSY Melaka, Cassel Krishnan baru-baru ini.

"Silakan kami tunggu, kita lawan habis-habisan nanti ya," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Kelmarin,  sebanyak 15 Cawangan DAP di Jasin mahu kerajaan perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak menamakan ahli politik yang mengamalkan politik ekstrem sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Dalam mesyuarat agung tahunan, mereka sebulat suara meluluskan usul menyokong calon Kerajaan Perpaduan dengan syarat mereka tidak mengamalkan politik ekstrem.

Dr. Akmal menyatakan persetujuannya dengan cadangan tersebut malah menyarankan kepada DAP Jasin agar meletakkan satu lagi syarat iaitu calon mesti memahami sejarah negara dan Perlembagaan Persekutuan serta mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih.






Catat Ulasan

0 Ulasan