Rakyat Sabah tidak lupa kestabilan zaman BN

 


Berikut adalah hantaran Facebook ADUN Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak kelmarin:

1. Saya baru saja menghantar YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai lawatan dua hari ke Sabah, khususnya ke Sepanggar dan Kemabong. Sambutan yang diberikan amat luar biasa, penuh semangat dan keikhlasan daripada rakyat. Ini satu petanda jelas bahawa UMNO dan Barisan Nasional masih mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Sabah.

2. Lawatan ini bukan sekadar simbolik. Ia membuktikan bahawa semangat perjuangan UMNO masih hidup di akar umbi. Sambutan yang diterima menunjukkan kesiapsiagaan jentera parti di peringkat kawasan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

3. Ramai rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar, masih mengingati zaman pemerintahan BN yang stabil dan terancang. Ketika itu, tumpuan diberikan kepada pembangunan asas – jalan raya, bekalan air, elektrik, sekolah, kemudahan kesihatan dan peluang pekerjaan.

4. Dalam suasana politik yang tidak menentu dan kerap berubah-ubah, rakyat semakin merindui kepimpinan yang mampu menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama. UMNO telah membuktikan keupayaannya sebagai parti yang menjaga perpaduan dan kestabilan negeri.

5. UMNO dan BN bukan parti baru. Kita ada rekod pencapaian yang nyata, struktur organisasi yang tersusun, dan pengalaman luas dalam pentadbiran. Rakyat tidak mahu lagi terperangkap dengan janji manis yang tidak ditepati.

6. Presiden UMNO turut menegaskan bahawa UMNO Sabah diberikan autonomi penuh untuk menentukan bentuk kerjasama politik menjelang PRN. Ini satu penghormatan kepada kepimpinan tempatan dan selaras dengan semangat autonomi Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

7. Pilihan Raya Negeri yang akan datang bukan sekadar soal politik atau pertandingan parti. Ia soal menentukan arah masa depan Sabah – kestabilan politik, pembangunan menyeluruh, dan pembelaan kepada rakyat. UMNO dan BN, bersama rakan dalam Kerajaan Perpaduan, bersedia memikul tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.


s

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan