Berikut adalah kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop semalam:
1. Merujuk kepada hantaran yang tersebar di media sosial dan WhatsApp yang mengaitkan J-KOM dengan arahan "like", "share", dan "promote" kempen pemimpin tertentu dalam Pemilihan PKR 2025, saya ingin menegaskan bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas.
𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮.
2. Semua kakitangan J-KOM menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti, selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan. Saya juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa J-KOM terlibat dalam berkempen untuk mana-mana pemimpin dan digunakan untuk menyerang pemimpin-pemimpin tertentu. Tiada sebarang arahan rasmi dikeluarkan untuk aktiviti seperti itu.
3. Sebagai sebuah Agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi, J-KOM sentiasa komited menyampaikan maklumat yang tepat, adil, dan berimbang demi memperkukuh sistem demokrasi dan kestabilan negara.
4. Saya mengingatkan semua pihak agar berhenti menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi jabatan ini.

0 Ulasan