"Jika tak dihargai, bawalah hati kamu pergi" Pesan Saifuddin kepada mereka yang tidak terpilih

 


Berikut adalah hantaran Facebook Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini:

Alhamdulillah pemilihan parti sudah selesai dan perjuangan mesti diteruskan. Parti KEADILAN ini dibina atas dasar idealisme, bukan kedudukan, bukan pangkat. Kita bukan parti acuan tunggal, tapi parti besar yang menyatukan kepelbagaian. Yang meletakkan cita-cita rakyat di depan segalanya.

Soalan yang saya lontarkan untuk kepimpinan baru yang diperlu dibentangkan segera - “What difference will you make? And how will you make it?”

Kerana amanah ini bukan kehormatan semata, ia tanggungjawab berat yang datang bersama harapan akar umbi.

Jasa dan bakat yang ada dalam keluarga besar KEADILAN tidak harus kita lupakan, ianya harus kekal bersama kita. 

Buat rakan-rakan yang tidak terpilih kali ini, saya kongsikan mutiara kata ibu saya - “Jika tak dihargai, bawalah hati kamu pergi. Jika dihina, mundur sedikit langkahmu, anak. Ini bukan soal takut atau mengalah. Ini tentang kita — yang masih punya hati untuk memanusiakan manusia.”

Saya petik pantun yang pernah diungkap oleh YAB Presiden yang kita kasihi - “Akar hidup meresap-resap, akar mati dalam perahu.

Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu?”

Saya serahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bapa KEADILAN kami untuk memadam api yang tidak terlihat di mata dan terus memimpin keluarga besar ini. 

Menyatukan yang berselisih. 

Menyambung semula yang retak. 

Mendepani PRU-16, kami yakin dan percaya — hanya dengan kepimpinan beliau, KEADILAN mampu terus membawa harapan rakyat Malaysia.

Kami akan terus menyokong.

Kami akan terus berdiri teguh.

Kerana perjuangan ini belum selesai.

BACA LAGI

MENARIK



Catat Ulasan

0 Ulasan