PRN Sabah: Warisan tatap bertanding solo

 


Berikut adalah kenyataan media Setiausaha Agung Parti Warisan, Datuk Loretto Padua Jr. hari ini:

1. Parti Warisan kini sedang giat membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

2. Kami akan bertanding secara bersendirian dengan menggunakan logo parti sendiri. Kami tidak bersama mana-mana gabungan politik.

3. Khabar angin yang mendakwa WARISAN akan menyertai GRS atau membuat rundingan di belakang tabir adalah tidak benar. Itu semua adalah pembohongan yang sengaja disebarkan di media sosial untuk mengelirukan rakyat.

4. Pendirian kami jelas iaitu gabungan WARISAN ialah bersama rakyat.

5. Kami tidak akan terlibat dalam permainan politik yang sedang berlaku. Perjuangan kami adalah demi hak dan masa depan rakyat Sabah.

6. Cerita-cerita sebegini sengaja dicipta untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar seperti kenaikan kos sara hidup, masalah bekalan air dan elektrik, peluang pekerjaan serta hak kawalan yang adil terhadap sumber negeri sendiri.

7. Saya turut kesal apabila institusi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah turut dikaitkan dalam khabar angin politik ini.

8. TYT adalah institusi yang bebas daripada politik dan mesti dihormati. Jangan sesekali menjadikan TYT sebagai alat untuk meraih keuntungan politik.

9. Saya menyeru rakyat Sabah agar kekal fokus dan tidak mudah terpedaya.

10. Pilihan raya kali ini adalah tentang memilih pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk Sabah dan bukan mereka yang hanya pandai bermain politik.

11. WARISAN sejak awal lagi konsisten sebagai satu-satunya parti pembangkang di Sabah. Gabungan bukan jawapannya kerana masa depan negeri ini memerlukan satu gerakan yang tegas dan berteraskan rakyat. Kami akan terus bersama rakyat dan bukan bersama elit politik.

Catat Ulasan

0 Ulasan