PMX... jangan paksa kami berpaling - Otai Reformis

 


Nukilan Pagi Buat PMX: Dengar Kami, Bukan Mereka

PMX,

sampai bila mahu dipimpin oleh bisikan sekeliling meja,

yang berselindung di balik senyuman palsu dan laporan manis?

Sedangkan yang berjuang di bawah —

terus dihimpit, terus dilupa, terus dikhianati oleh sistem yang kau sendiri janjikan akan ubah!

Kami ini akar,

yang kau pijak setiap kali kau naik pentas bicara rakyat.

Tapi hari ini suara kami makin sayup,

kerana telinga kau hanya diasuh untuk dengar segelintir yang hidupnya tak kenal derita.

Engkau harus ingat,

bukan penasihat elit yang memenangkanmu,

bukan tukang angguk di tingkat tinggi yang turun padang memikul bendera,

tapi kami —

yang dulu sanggup gadai masa, wang, dan keselamatan demi panji keadilan.

Apa jadi sekarang?

Yang setia ditepi, yang pandai membodek diangkat.

Yang bersuara dianggap duri,

sedangkan duri sebenar duduk bersilang kaki di pejabat berhawa dingin.

PMX,

jika kau benar pemimpin rakyat,

maka turunlah mendengar suara kami — bukan laporan yang disaring.

Kerana bila akar umbi patah,

pokok takkan berdiri lama.

Peringatan pagi ini bukan amarah kosong,

tapi suara ikhlas yang penat dibungkam.

Kami tak mahu tumbangkanmu,

tapi jangan paksa kami berpaling.

Ayob Abd Majid 

Otai Reformis 98 

Cabang Ampang

BACA LAGI

MENARIK





Catat Ulasan

0 Ulasan