Rafizi kalah sebelum bertanding?

 


Datuk Seri Rafizi Ramli sedang berdepan cabaran yang sangat getir dalam kerjaya politiknya bersama PKR.

Mula-mula, ramai ketua cabang yang dikatakan bersama pasukannya tewas dalam pemilihan di peringkat cabang.

Kini, beliau berkemungkinan besar dicabar oleh dua nama besar iaitu Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden.

Melihat kepada rekodnya dalam pemilihan PKR yang lalu, Rafizi dijangka tiada masalah untuk menumpaskan Saifuddin.

Namun, situasi dijangka berubah sekiranya Nurul Izzah menerima pencalonan itu.

Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menerima sokongan padu daripada Wanita PKR dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Beliau juga disokong oleh PKR negeri termasuk Perak, Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Melaka. Boleh dikatakan, Rafizi sudah 'kalah sebelum bertanding'.

Sekiranya semua sokongan itu diterjemahkan kepada undi pada hari pemilihan kelak, Rafizi berdepan masalah besar.

Beliau hanya berpeluang untuk menyelamatkan jawatannya jika undi ahli-ahli PKR yang tidak menyokongnya berpecah antara kem Nurul Izzah dan kem Saifuddin.

Apa yang pasti, Rafizi pasti berhempas pulas untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR yang dilihat sangat penting dalam pemilihan parti kali ini.

Sesiapa yang menjadi pemimpin nombor dua PKR mempunyai peluang yang cerah untuk menaiki takhta menggantikan Anwar apabila had dua penggal jawatan Perdana Menteri yang dijanjikan Pakatan Harapan menjadi kenyataan kelak.

BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan