Hasutan Rafizi makan diri - Puad

 



Ungkapan "kerja saya ialah menghasut" yang sering dilafazkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli ketika menjadi pembangkang dahulu telah memakan dirinya sendiri.

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, wujud gelombang dalam PKR kini supaya Rafizi dilawan.

"Nampaknya taktikal, “kerja saya ialah menghasut” makan diri. Mungkin ahli PKR sedar, kepandaian taktikal tidak mencukupi. 

"Pemimpin ada substance lagi penting," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Beliau menambah, kalau popular tetapi tidak berkualiti memang tidak berguna. 

Mohd. Puad berkata, jika popular tetapi kurang taktikal pun tidak guna juga.

"Lagi tidak berguna jika handal taktikal tetapi tidak berkualiti," jelasnya.

Beliau mengakui bahawa Rafizi memang handal dari segi taktikal dan menang besar dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dengan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dahulu.

"Tetapi sejak jadi menteri, formulanya dikritik dan sering dipertikaikan," katanya.

BACA LAGI





Catat Ulasan

0 Ulasan