Reputasi PKR dikoyakrabakkan oleh Rafizi

 


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini:

Pemilihan PKR menjadi medan parti itu dikoyakrabakkan reputasinya oleh Rafizi. Rafizi kata, reformasi PKR gagal. Justeru geng dia bangkit demi hidupkan reformasi tulin. 

Dia bawa slogan HIRUK (Hidupkan Idealisme Reformasi Ujian Kuasa). Apabila tuduh Anwar dan PKR gagal melaksanakan reformasi secara tidak langsung dia juga menuduh kerajaan gagal.

Berlaku perebutan, siapa pendokong reformasi tulen. Apabila Rafizi masuk ke dewan, penyokongnya menjerit “reformasi”. Bila Anwar tutup ucapan penggulungannya, dia juga melaungkan reformasi. 

Ternyata reformasi hanya hiruk pikuk. Ia gagal bukan kerana ujian kuasa tetapi kurang upaya menjayakannya. Slogan itu hanya retorik. Bagaimana reformasi akan berjaya kerana Rafizi sendiri tuduh sistem pemilihan PKR korup?

MB Selangor kata mesyuarat khas akan bincang peranan buat Rafizi. Tetapi Rafizi umum letak jawatan Menteri. Dia terselamat daripada jadi mangsa kerat 2.0. Janji reformasi bukan lagi tanggungjawabnya. Ia beban kepada PMX. Siapa akan kerat siapa?

BACA LAGI

MENARIK



Catat Ulasan

0 Ulasan