Berikut adalah kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md. Jais Sarday hari ini:
Soalan politik, jawapan kena politik..
Pandangan berkaitan desakan Sdr. Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pengerusi PAN (Parti Amanah Negara) Johor supaya Barisan Nasional (BN) Johor menyatakan pendirian samada dua atau tiga penjuru pada PRN Johor akan datang
Kerajaan Negeri Johor yang ada pada hari ini dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada tahun 2022. Dalam pilihan raya tersebut, Barisan Nasional (BN) telah menang besar dengan memperoleh 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini membuktikan bahawa kerajaan yang terbentuk adalah hasil mandat langsung daripada rakyat Johor dan tidak ada kaitan dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang berlaku kerana tiada gabungan parti berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Sebagai kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses demokrasi, keutamaan UMNO dan BN Johor adalah untuk melaksanakan segala janji dalam manifesto PRN Johor 2022. Rakyat memberikan sokongan berdasarkan dasar dan tawaran yang diketengahkan oleh BN Johor. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menunaikan semua komitmen tersebut demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.
Dalam hal ini, parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH), terutamanya Parti Amanah Negara - Amanah (PAN), perlu bersikap rasional dan menghargai peranan mereka sebagai “pembangkang” (ketika PRN Johor 2022) tetapi mendapat layanan yang baik dari kerajaan. Walaupun tidak berada dalam kerajaan negeri, wakil rakyat PH tetap diberikan peruntukan yang sama seperti ADUN kerajaan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan BN Johor bersikap terbuka dan adil dalam tadbir urus negeri.
Berhubung persoalan samaada UMNO/BN Johor akan bertanding secara solo atau bekerjasama dengan parti lain dalam PRN Johor akan datang;
Pertama, perkara ini pastinya akan dibincangkan secara teliti oleh kepimpinan pusat semua parti yang akan bertanding.
Kedua; kredibiliti dan populariti YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dalam membangunkan Johor untuk menjadi sebuah negeri yang maju pasti akan membawa kemenangan besar kepada UMNO/BN dalam PRN Johor akan datang samada bertanding secara solo atau bekerjasama dengan mana-mana parti, seperti mana kejayaan UMNO/BN dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Mahkota pada tahun lepas.
Apa pun UMNO telah membantu 2 kemenangan PAN semasa dalam PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.. PAN pula baru bantu satu kemenangan UMNO di DUN Mahkota, itupun jenuh juga pujuk Dr. Zuhan Zain supaya tak bertanding.. 😅😅
So..?

0 Ulasan