Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sepatutnya tampil secara terbuka memberi penjelasan mengapa beliau mengambil cuti panjang.
Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, banyak spekulasi dan komen negatif timbul berikutan tindakan Rafizi itu.
Malah, menurut beliau, kelibat Rafizi tidak kelihatan di Parlimen semalam.
"Kalau benar ia ada kaitan dengan isu pemilihan PKR maka cutinya itu tidak bertanggungjawab.
"Kalau cuti kerana mahu mengugut parti, secara tidak langsung, dia mengugut kerajaan," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Mohd. Puad berkata, Rafizi sepatutnya meletakkan jawatan Timbalan Presiden PKR jika mahu memprotes keputusan pemilihan parti.
"Bukan cuti panjang dan membiarkan kementerian tanpa bos begitu lama.
"Ia kementerian penting. Ministry first, party second," katanya.

0 Ulasan