UMNO bahagian buat usul kecam Tengku Zafrul - Puad

 


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini:

Persidangan Tahunan Perwakilan UMNO akan bermula Jun 2025. Saya cadangkan bahagian-bahagian  buat usul mengecam tindakan Zafrul lompat parti. PKR juga patut dikecam kerana menerima katak.

Biar usul itu dibahas di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Ogos 2025.

UMNO parti yang mengutamakan rakyat. UMNO juga parti yang taat kepada nasihat raja-raja Melayu. Sebab itu UMNO menyertai kerajaan PN dan juga Kerajaan Perpaduan. 

Tetapi itu tidak bermakna UMNO boleh dicucuk hidung. Sebab itu UMNO tarik sokongan terhadap TS Muhyiddin. UMNO perlu keras dalam isu Zafrul kerana UMNO tidak mahu ia menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan