UMNO boleh tuntut pampasan RM100 juta kalau Tengku Zafrul lompat parti?

 


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi semalam:

Saya pasti akan membangkitkan isu Tengku Zafrul mahu menyertai PKR dalam mesyuarat MKT akan datang. 

Saya akan mendesak UMNO semak balik akujanji semasa Zafrul menjadi calon BN di PRU ke 15. Apakah Zafrul boleh dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta kerana lompat parti?

UMNO juga mesti menegur Presiden PKR jika permohonan Zafrul diterima. Tidak memadai dengan kenyataan UMNO rasa kesal. Mesti ada perbincangan awal secara sulit yang jadi punca Zafrul sertai PKR. Bertepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi. 

PKR mesti diberi amaran. Jika dibiar, tikam belakang akan berlaku lagi. Jangan salahkan UMNO jika ahli-ahli UMNO hilang kepercayaan terhadap PMX. Kerjasama Kerajaan Perpaduan akan rosak binasa.

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan