Berikut adalah hantaran Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin:
Reformasi adalah satu keperluan jika kita mahu menyelamatkan masyarakat dan melonjakkan ekonomi menerusi pertumbuhan serta tadbir urus yang baik. Namun, laluannya bukan mudah dan penuh liku.
Hari ini, apabila mahkamah memutuskan DNAA dalam satu kes, Perdana Menteri diserang oleh satu pihak. Minggu berikutnya apabila kes lain menerima keputusan serupa, pihak yang satu lagi pula mengkritik. Kedua-duanya mendakwa menjunjung kebebasan kehakiman, tetapi masing-masing mahukan keputusan yang selari dengan kehendak sendiri.
Inilah cabaran sebenar dalam menjayakan reformasi. Saya tidak boleh, dan tidak akan mengarah hakim membuat keputusan mengikut tekanan politik. Kebebasan kehakiman menuntut kita menerima keputusan walaupun ada yang tidak kita persetujui.
Inilah hakikat pengasingan kuasa. Ia bukan sekadar gagasan Barat, tetapi turut berakar dalam turath dan tradisi intelektual kita sendiri.

0 Ulasan