Fahmi Reza menafikan dia dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara kerana tidak membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Dia juga telah membuat semakan melalui portal Jabatan Imigresen terlebih dahulu sebelum membeli tiket kapal terbang.
"Aku dah check status sebelum beli tiket," katanya dalam hantaran Facebook bagi menjawab tuduhan seorang netizen, hari ini.
Baru-baru ini, Fahmi menerusi hantaran di laman Facebook miliknya menyatakan bahawa namanya telah disenarai hitam dan dilarang ke luar negara.
“Hari ni, pada hari jadi aku, dan pada Hari Raya Aidiladha, aku dapat tahu aku kena blacklist, dilarang ke luar negara,” ujarnya.
Aktivis itu yang merancang untuk ke Singapura bagi menonton persembahan dua kumpulan punk, Slant dari Korea dan Sial dari Singapura, ditahan di kaunter imigresen pelepasan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Fahmi dimaklumkan oleh pegawai imigresen bahawa Bukit Aman tidak membenarkannya ke luar negara dan tiada alasan diberikan.
Minggu lepas namanya disenarai hitam daripada memasuki Sabah.
0 Ulasan