Jangan buang pelajar UMS terlibat demonstrasi - PMX

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan agar pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terlibat dalam demostrasi baru-baru ini tidak dibuang universiti. 

Pesanan itu disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam hantaran Facebook hari ini.

"Bagi YAB PM, mereka mungkin membuat kesilapan tetapi masa depan dan pengajian mereka jauh lebih penting dan perlu diutamakan," jelasnya.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, peserta perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 disiasat atas sembilan kesalahan.

Menurut beliau, kesalahan yang dikesan antaranya menghasut, membuat pembakaran terbuka di tempat awam, membawa bahan kakisan berbahaya dalam perhimpunan dan menyentuh isu sensitif melibatkan raja, agama serta kaum atau 3R.

Selain Akta Perhimpunan Aman 2012, peserta itu juga disiasat berdasarkan undang-undang lain antaranya Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

Perhimpunan anjuran kumpulan Suara Mahasiswa UMS itu antara lain berarak sekitar bandar raya Kota Kinabalu serta membawa sepanduk mengenai pelbagai isu di Sabah seperti rasuah dan bekalan air selain membakar karikatur Perdana Menteri. 

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan