Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta orang ramai agar jangan terperdaya dengan video dan gambar palsu kononnya beliau menyokong skim pelaburan tertentu.
Menurut beliau, nama, imej dan suaranya telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam video dan gambar palsu yang disebarkan dalam media sosial dan internet.
Kata Guan Eng, mereka menggunakan teknologi AI untuk memalsukan suara dan video.
"Sila jangan percaya atau ikuti apa-apa arahan dalam video atau gambar tersebut. Ini adalah penipuan!
"Laporkan kepada pihak berkuasa atau bantu hentikan penyebaran maklumat palsu ini," katanya dalam hantaran Facebook kelmarin.
0 Ulasan