Bahan mentah ubat pun dikenakan SST?

 

Gambar hiasan: Anna Shvets / Pexels

Berikut adalah hantaran Facebook penganalisis politik, Datuk Eric See-To hari ini:

Bersedialah kita untuk ubat pening kepala, antibiotik, aspirin dan vitamin yang lebih mahal.

Kerajaan Madani sering ulang bahawa hanya “barangan mewah” yang akan dikenakan cukai bermula 1 Julai 2025 di bawah “penambahbaikan” kedua cukai SST mereka.

Kononnya Rakyat biasa tak akan terkesan.

Rasanya Rakyat biasa tak makan ubat atau vitamin kot.

Tapi hari ini saya nak bongkar satu lagi perkara penting yang terkandung dalam dokumen rasmi SST 2025:

Bahan mentah untuk hasilkan ubat-ubatan asas - termasuk antibiotik, ubat demam, ubat batuk, insulin dan vitamin - kini dikenakan cukai jualan 5% hingga 10%.

Semua ini disenaraikan di bawah HS Code 29, iaitu kategori bahan kimia organik yang digunakan dalam industri farmaseutikal untuk menghasilkan pelbagai ubat dan vitamin generik.

Di bawah SST 2022, terdapat 17 muka surat penuh yang menyenaraikan kategori dan ratusan sub-kategori HS29 yang dikecualikan cukai sepenuhnya.

Namun di bawah SST 2025, TIADA SATU PUN sub-kategori HS29 yang kekal dalam senarai pengecualian. 

Seluruh kategori HS29 telah hilang dalam PERINTAH CUKAI JUALAN (BARANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI JUALAN) 2025.

Malah banyak daripadanya kini disenaraikan secara rasmi dalam Perintah Barangan Bercukai 2025.

Ini bermakna, keseluruhan HS29 kini dikenakan SST - sama ada pada kadar 5% atau 10%.

Antara bahan yang terlibat:

- Paracetamol mentah (2924.29.30) – bahan asas untuk Panadol dan Uphamol. Ini banyak pening kepala!

- Amoxicillin, Ampicillin, Tetracycline, Erythromycin, Chloramphenicol (2941) - semua antibiotik asas

- Insulin mentah (2937.12) - penting untuk pesakit diabetes

- Aspirin, ubat anti-TB, kafein, dextromethorphan - digunakan dalam ubat batuk, sakit sendi dan selesema

- Vitamin B, C, E dalam bentuk mentah (2936) - asas bagi pelbagai suplemen kesihatan

Beberapa jenis ubat yang telah siap diproses dan dibungkus memang masih dikecualikan SST di bawah HS Code 30 - bermakna ubat berjenama yang lebih mahal kekal tanpa cukai.

Tapi bila bahan mentah dikenakan cukai, kos pengeluaran tempatan pasti meningkat, dan akhirnya harga ubat generik serta vitamin juga akan naik.

Ubat generik yang dihasilkan dalam negara kini merangkumi antara 55% hingga 65% daripada nilai pasaran ubat terkawal (berpreskripsi) – ini bermakna banyak ubat harian yang kita terima daripada doktor atau beli di farmasi bakal terkesan.

Inikah maksud sebenar "penambahbaikan" cukai ala Madani?

Cukai ke atas buah-buahan asas seperti epal, oren, kurma dan semua buah-buahan import sudah cukup membebankan.

Kini, bahan mentah untuk buat ubat harian rakyat pula turut diperah.

Zaman GST dulu, bahan mentah ubat langsung tak dikenakan cukai.

Tapi di bawah SST Madani 2025, bukan sekadar lebih luas - tapi lebih menekan.

BACA LAGI

MENARIK



Catat Ulasan

0 Ulasan