Syukur... Najib diberi DNAA kes SRC 2.0

 

Berikut adalah hantaran Facebook Najib Razak hari ini:

Baru tadi,  mahkamah telah memberi Najib DNAA bagi kes SRC 2.0

Pada Julai 2023, peguam Najib telah menghantar Surat Representasi kepada AGC supaya kes SRC 2.0 digugurkan kerana sudah lebih 4 tahun tidak dibicarakan, selain mendakwa pertuduhan cacat kerana ketiadaan kesalahan predikat.

Sejak itu, AGC berulang kali gunakan alasan bahawa mereka masih mempertimbangkan surat representasi tersebut sebagai justifikasi untuk tangguh kes ini.

Bulan lepas, hakim memberi amaran terakhir kepada AGC, menyatakan bahawa mengambil masa hampir 2 tahun untuk menimbang surat representasi adalah tidak munasabah. 

Hakim kemudian memberi tempoh akhir selama sebulan sehingga 11 Jun 2025.

Namun pada 11 Jun lalu itu, AGC mengumumkan keputusan mereka menolak surat representasi Najib dan meminta kes dibicarakan, tetapi turut menyatakan bahawa mereka belum bersedia sebab mereka perlukan lebih banyak masa untuk mengumpulkan bukti dokumen serta rekod kenyataan saksi.

Peguam Najib mempersoalkan keperluan masa tambahan itu untuk kumpul bukti, memandangkan Najib telah didakwa bagi kes ini sejak 6 tahun 4 bulan lalu. 

Mereka sekali lagi meminta hakim untuk memberikan DNAA (pelepasan tanpa pembebasan) kepada Najib kerana kelewatan yang keterlaluan ini.

Akhrinya, hakim memutuskan beliau perlukan masa sehingga 20 Jun untuk membuat keputusan sama ada akan memberikan DNAA kepada Najib atau menetapkan tarikh perbicaraan.

Dan hari ini, hakim memberi DNAA kepada Najib sebab tidak lagi tahan dengan penangguhan berpuluh kali pihak pendakwaan sejak lebih 6 tahun 5 bulan lalu.

Untuk rekod: selain banyak lagi kes saman sivil difailkan kerajaan, Najib telah didakwa dengan 5 kes jenayah berasingan:

1. SRC 1.0 RM42 juta - didapati bersalah dan dipenjarakan

2. 1MDB-Tanore - masih dalam perbicaraan, tunggu keputusan mahkamah tinggi setelah pendakwaan dan pembelaan tutup kes

3. 1MDB-IPIC - diberi DNAA sebab pendakwaan tangguh hampir 6 tahun

4. SRC 2.0 RM27 juta (hari ini) -  diberi DNAA sebab pendakwaan tangguh lebih 6 tahun 4 bulan

5. 1MDB audit - dibebas dan dilepaskan tanpa perlu bela diri.

BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan