Berikut adalah hantaran Facebook Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki malam tadi:
“Dosa Fitnah lebih besar daripada Membunuh” (Al-Baqarah:191)
Tular satu lagi siri fitnah oleh Papagomo atau nama sebenarnya Azri yang mendakwa kononnya saya mengagihkan tender makan dan projek-projek MRSM kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan menggunakan duit MARA untuk beli lembu korban di Gerik.
Astaghfirullah, sejak bila saya terlibat dengan tender makan MRSM? Seluruh Malaysia tahu, saya sendiri #Terjah ke MRSM termasuk Dewan-Dewan Selera untuk pecahkan kartel yang antara penyebab kualiti penyediaan makanan yang menurun demi memastikan kebajikan dan keselesaan buat anak-anak pelajar.
Sebagai Pengerusi MARA, saya tiada kuasa bahkan tidak pernah terlibat dalam mana-mana mesyuarat tender perolehan MARA kerana tidak mempunyai kuasa eksekutif. Tetapi sebagai pengerusi, saya mengambil tanggungjawab bersama ahli-ahli Majlis MARA untuk perketatkan aspek tadbir-urus MARA bagi memastikan tiada ruang untuk salah guna kuasa berkaitan isu-isu tender seperti ini.
Satu lagi FITNAH JAHAT beliau ialah lembu-lembu korban yang diagihkan kepada penduduk-penduduk Gerik adalah menggunakan duit MARA.
Untuk pengetahuan semua, lembu-lembu itu semua adalah hasil sumbangan individu-individu dan sahabat-sahabat saya yang berniat korban untuk disumbangkan di Gerik dan Pasir Puteh Kelantan. TIDAK ADA SATU SEN PUN WANG MARA digunakan untuk membeli lembu-lembu korban seperti yang difitnah.
Tuduhan ini amatlah melampau, mengaibkan dan menjejaskan reputasi saya. Kita jumpa di mahkamah. Saya akan saman RM1 juta. Budaya fitnah seperti ini tidak boleh dibiarkan.
0 Ulasan