Exco Armada terima ancaman bunuh

 


Exco Armada, Na'im Brundage telah menerima maklumat mengenai satu ancaman serius terhadap nyawanya, melibatkan rancangan untuk membunuh atau mencederakannya dengan perbuatan menyimbah asid oleh seorang individu yang tidak dikenali.

Demi melindungi keselamatan diri dan keluarga, beliau telah membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. 

Na'im menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh.

"Saya tidak menolak kemungkinan bahawa ancaman ini bermotifkan politik, memandangkan saya bergiat aktif dalam dunia politik dan lantang menyuarakan pandangan saya secara terbuka di media sosial dan media massa.

"Namun begitu, ugutan seperti ini sama sekali tidak akan melunturkan semangat saya untuk terus bersuara demi rakyat, dan saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang bentuk ancaman, tekanan atau intimidasi.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon doa dan sokongan daripada semua, serta menggesa seluruh rakyat Malaysia agar bersatu menolak budaya politik keganasan dan mempertahankan amalan politik yang matang dan berlandaskan undang-undang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan