Harap PKR tak ambil tindakan terhadap Nurul Izzah

 


Berikut adalah kenyataan peguam merangkap ahli PKR, Ahmad Nizam Hamid hari ini:

Sebagai Ahli Majlis Peguam Malaysia saya sangat menghargai kehadiran Puan Nurul Izzah Anwar memberikan sokongan dan solidariti bersama Majlis Peguam Malaysia mempertahankan Kebebasan Kehakiman yang menjadi pillar penting Negara. Kehadiran beliau sebagai seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat sesungguhnya wajar diberi penghargaan dan memperlihatkan komitmen beliau mempertahankan Kebebasan Kehakiman.

Sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat,saya memohon Dato Dr Setiausaha Agung KEADILAN agar tidak mengambil tindakan disiplin seperti buat siasatan terhadap Puan Nurul Izzah atau molek juga tidak terlalu excited mengeluarkan kenyataan media seperti terhadap 9 MPs terkait.

Pada masa yang sama saya juga memohon kepada Ketua-Ketua Cabang dari Negeri Johor dan Negeri Kedah,dari hati nurani saya, janganlah buat aduan untuk gantung sementara atau apa-apa tindakkan disiplin terhadap Puan Nurul Izzah Anwar ini. 

Sebagai Peguambela & Peguamcara, saya menawarkan khidmat saya atas kapasiti seorang pengamal undang-undang untuk membela dan mempertahankan Puan Nurul Izzah sekiranya ada aduan dari Ketua-ketua Cabang dan sekiranya Dato Dr Setiausaha Agung mengheret beliau ke Lembaga Disiplin.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan