Peguam Negara patut henti prosiding, laksana segera titah adendum

 


Berikut adalah kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada 11 Julai lalu:

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, Jabatan Peguam Negara akhirnya mengakui kewujudan titah adendum, semalam.

Ini sekali lagi mengesahkan, afidavit yang saya kemukakan kepada pihak mahkamah, bahawa saya mengetahui kewujudan titah ini adalah benar dan bukan bersifat ‘hear say’.

Memandangkan pihak Peguam Negara secara langsung atau tidak langsung mengakui keabsahan titah adendum ini, adalah wajar bagi prosiding ini dihentikan dan titah ini dilaksanakan.

Jabatan Peguam Negara, Mahkamah dan semua pihak yang terlibat terutama pihak kerajaan perlu menjadi badan yang menjunjung konsep pengasingan kuasa, termasuk menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Saya secara peribadi dan juga mewakili rakyat Negeri Pahang berdoa agar Dato’ Sri Najib mendapat keadilan seperti yang terkandung dalam titah addendum tersebut.

Kepada Allah kami berserah.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan