Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini:
Muhyiddin berkata PN tidak akan bekerjasama dengan GRS berikutan ‘pengkhianatan’ GRS selepas keluar daripada PN dan membentuk sendiri kerajaan negeri.
Sebenarnya Bersatu itu lagi kuat mengkhianati rakan kongsi. Sebab itu di Sabah tidak ada parti yang mahu berkawan dengan Bersatu.
Di PRN Sabah 2021, UMNO jadi mangsa Bersatu. Mereka sokong calon parti bebas seperti apa yang berlaku di DUN Kemabong.
Bukan itu sahaja Muhyiddin sendiri mengkhianati Tun M melalui langkah Sheraton. Maka siapa yang mahu berkawan dengan Bersatu, kecuali PAS. Semua pemimpin utama dalam Bersatu ada DNA pengkhianat.
0 Ulasan