Hari ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan meneruskan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Pengumuman Pengerusi GRS itu disambut baik oleh Timbalan Pengerusi PH Sabah, Datuk Mustapha Sakmud.
Setakat ini, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin belum memberi sebarang reaksi terhadap perkembangan terbaharu itu.
Kerjasama antara GRS dan PH sudah tentu meletakkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam dilema untuk menentukan hala tuju bagi menghadapi PRN Sabah.
Sebelum ini, BN dan PH telah mengumumkan kedua-dua pihak akan bekerjasama pada PRN Sabah.
Seperti yang diketahui umum, UMNO Sabah menegaskan tidak akan bekerjasama dengan GRS yang dianggap telah menikam belakang mereka pada PRN Sabah 2020.
Jika PH memutuskan untuk kekal bekerjasama dengan GRS, bagaimana pula dengan BN dan UMNO?
Mahukah Bung Moktar melupakan episod pahit pada PRN Sabah 2020 agar pakatan pilihan raya GRS-PH-BN dapat dibentuk?
Atau mungkinkah UMNO dan BN Sabah mengambil sikap berani mati dan bertanding solo?
0 Ulasan