Ada orang tidak bercakap benar mengenai kewujudan titah adendum - Puad

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, hari ini terbukti ada individu yang tidak bercakap benar mengenai kewujudan titah adendum tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, perkara itu dapat dilihat dalam kronologi tarikh isu titah adendum yang disenaraikan Mahkamah Persekutuan.

"Saya akan berbicara mengenainya selepas mesyuarat MKT UMNO malam ini," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Peguam Negara gagal menyekat Najib daripada meneruskan pendengaran permohonan semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan mengemukakan titah adendum.

Perkara itu ditentukan selepas rayuannya ditolak secara sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama-sama Datuk Zabariah Mohd. Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan