Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mencabar DAP menghantar surat rasmi kepada UMNO untuk memutuskan kerjasama.
Beliau mahu melihat sama ada DAP dan DAPSY berani berbuat demikian.
"Jangan sembang kuat kencing sangat.
"Minta kamu punya bos hantar surat rasmi pada UMNO Malaysia untuk putus kerjasama.
"Saya pun mahu tunggu sama ada berani atau tidak.
"Kalau setakat sembang kencing kuat ni, hancing je dapat.
"Kalau kamu takut saya tag bos kamu kat sini harap dia baca," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Sebelum ini, budak-budak DAPSY merengek meminta parti itu memutuskan hubungan dengan Dr. Akmal.
Cadangan itu memang kurang cerdik sebab boleh menjejaskan Kerajaan Perpaduan.
Budak-budak DAPSY memang tidak puas hati dengan Dr. Akmal yang lantang mempertahankan maruah Jalur Gemilang.
Sedangkan mereka pula bersikap tidak rasional mempertahankan pihak yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.
0 Ulasan