Akmal mahu kesilapan Jalur Gemilang poster Pemuda UMNO Terengganu dihukum keras

 

Pemuda UMNO mahu individu yang melakukan kesilapan pada Jalur Gemilang dalam poster Pemuda UMNO Terengganu didakwa dan dikenakan hukuman yang keras.

Ketuanya, Datuk Dr. Akmal Saleeh berkata, isu itu bukan soal politik atau bangsa.

"Ini soal menjaga maruah negara 

"Kepada DAP, kami bukan hipokrit seperti kamu!!!" katanya dalam hantaran Facebook hari ini. 

Sebelum ini, beliau dan Pemuda UMNO menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap seorang peniaga di Pulau Pinang yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

Gesaan itu menimbulkan perasaan tidak puas hati pemimpin-pemimpin DAP.

Akibatnya, Dr. Akmal menjadi mangsa serangan jijik lagi busuk yang dilancarkan oleh pemimpin-pemimpin DAPSY yang kurang cerdik. 

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan