“Beranikah MCA-MIC keluar BN? Apakah PAS sebagai tunggak PN bersedia beri sokongan jika MCA dan MIC bertanding di kawasan majoriti Melayu?”
Persoalan itu dibangkitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi dalam hantaran Facebook, hari ini.
Menurut beliau, MCA dan MIC tidak perlu terus “main acah-acah” untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) jika tidak
Puad berkata, tindakan MIC Kedah meluluskan usul untuk bekerjasama dengan PN hanyalah satu bentuk acahan kerana tiada keberanian membawa usul keluar BN.
“Di PRN Pulau Pinang tahun 2023, PN meletakkan Dominic Lau sebagai calon di DUN Bayan Lepas. Ia merupakan kubu kuat PAS. PAS Bayan Lepas membantah keras hingga tidak benarkan Dominic Lau naik pentas untuk berkempen.
"Dia dihalau balik sedangkan dia Presiden Gerakan. Dominic Lau kalah. Sebaliknya Amanah menang dengan majoriti besar iaitu 1,889 undi.
"Ahli PAS tidak mengundi Dominic Lau kerana dia bukan Islam. Mungkin kerana fatwa mengundi orang kafir tidak masuk syurga?” katanya.
Puad turut membangkitkan kejayaan calon MCA dan MIC di kawasan majoriti Melayu kerana sokongan UMNO.
“Presiden MCA Dr Wee Ka Siong bertanding di Parlimen Air Hitam PRU15. Ia kawasan majoriti Melayu (57%). Ia kubu kuat UMNO.
"UMNO memang mahu Wee Ka Siong menang. Dia menang dengan majoriti 2,963. Di PRU ke-14 Ka Siong menang majoriti 303 undi sahaja. Bayangkan kalau UMNO boikot.
“Keadaan yang sama berlaku kepada Timbalan Presiden MIC Saravanan yang bertanding di Parlimen Tapah. Ia merupakan kawasan majoriti Melayu (47%).
"Tetapi Presiden MIC tidak bernasib baik. Dia bertanding di Sungai Siput. Itu kubu kuat MIC, bukannya UMNO. Pengundi Melayu cuma 35% sahaja. Vigneswaran kalah di situ,” katanya.
Beliau menegaskan MCA dan MIC lebih baik kekal dalam BN daripada berangan menang banyak kerusi bersama PN.
“Justeru MCA dan MIC tidak perlu acah-acah. Lebih baik kekal bersama BN. Memanglah bagus bersama PN. Boleh bertanding banyak kerusi. Apa gunanya tanding banyak kerusi tapi kalah semua?” katanya.
0 Ulasan