Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa wujud ‘batu api’ dalam MCA yang mahu parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN).
“Dalam MCA wujud personaliti yang berkeras mendesak MCA keluar dari BN. Antaranya Ti Lian Ker.
"Dia kata BN adalah ‘cangkerang kosong’. Dia jadi batu api kerana ada muslihat sendiri,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu dalam hantaran Facebook hari ini.
Puad berkata, Lian Ker masih bercita-cita besar untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), namun peluang itu tertutup rapat sekiranya BN bekerjasama dengan DAP.
“Lagi pun peluang menang lagi cerah jika dapat undi solid daripada PAS,” katanya.
Menurutnya, berbanding Gerakan, Lian Ker yakin PAS akan memilih MCA yang lebih berstruktur serta sanggup meminggirkan Gerakan.
0 Ulasan