Dasar kaduk naik junjung! - Akmal

 


Pemuda UMNO mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang secara sengaja mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik sehingga seolah-olah menghina lambang negara.

Ketuanya, Datuk Dr. Akmal Saleh berkata, tindakan itu tidak boleh sekadar diselesaikan dengan permohonan maaf semata-mata.

“Cukup-cukuplah menghina negara ini! Jangan hanya sekadar meminta maaf sahaja! 

"Tindakan tegas perlu diberikan kepada petualang ini agar dapat memberikan pengajaran kepada sesiapa yang nak menghina negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bermula malam ini, Pemuda UMNO di seluruh negara akan digerakkan untuk membuat laporan polis terhadap individu terbabit, selain menggesa seluruh rakyat melakukan tindakan sama.

“Saya minta juga, kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kita sama-sama membuat laporan polis untuk kita desak petualang ini ditangkap dan dikenakan hukuman. Negara ini ada maruahnya! 

"Jika maruah negara ini sedang dipijak, dan kita tidak berbuat apa-apa, maka hinalah diri kita ini yang bergelar rakyat Malaysia!” katanya.

Dalam hantaran Facebook hari ini, Dr Akmal turut mempersoalkan tindakan individu terbabit yang didakwa dengan bangga bergambar sambil memegang bendera secara terbalik.

“Ini nak bagi alasan apa pula? Dengan bangga minta ambil gambar sambil pegang bendera secara terbalik? Semua ni golongan bengap, siapa yang back up juga bengap! 

"Lepas ni cakap Dr. Akmal hina golongan bengap pula ya. Dikatakan kedai ni di Kepala Batas, jadi boikot je lah kedai yang langsung tidak menghormati negara ini. Dasar kaduk naik junjung!” katanya.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan