Puad minta Nga Kor Ming tangguh bentang RUU URA

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menangguhkan pembengan Rang Undang-undang Akta Pembaharuan Bandar (RUU URA) di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, besar kemungkinan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menolak RUU tersebut.

Mohd. Puad berkata, setakat ini hanya Selangor dan Pulau Pinang sahaja yang bersetuju dengan RUU berkenaan.

"Bahkan ada ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) tidak setuju. Menteri kena ingat, pernah dua kali RUU telah ditolak di Dewan Negara.

"Pertama, RUU Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004 dan kedua RUU Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018. Imej kerajaan akan tercalar teruk jika RUU URA ditolak," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau mencadangkan Kor Ming membawa semula RUU URA ke Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan melakukan sesi libat urus.

RUU URA menerima bantahan keras banyak pihak yang bimbang dengan kesan negatif terhadap pemilik-pemilik hartanah di kawasan bandar.




Catat Ulasan

0 Ulasan