Tak malukah guna kejayaan projek zaman Najib untuk wajarkan URA?

 

Kejayaan projek pada zaman Datuk Seri Najib Razak yang dilaksanakan tanpa Akta Pembangunan Bandar (URA) kini dijadikan alasan oleh Kerajaan Madani untuk meluluskan akta tersebut.

Walhal, kata penganalisis politik, Datuk Eric See-To,  dahulu merekalah yang paling kuat membantah projek-projek Najib itu.

"Madani langsung tak malu," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau memberi contoh projek 1Razak Mansion yang menggantikan rumah lama berkeluasan antara 299 hingga 504 kaki persegi, hanya satu atau dua bilik tidur selain sempit, sesak dan tidak bersih.

Rumah baharu pula, kata Eric, berkeluasan 800 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

"Kemudahan tambahan: dewan serba guna, tadika, pejabat persatuan penduduk, serta pondok polis untuk keselamatan komuniti.

"Penduduk berpindah daripada flat lama yang sempit dan kotor ke kondominium moden dengan ruang lebih luas dan fasiliti komuniti," jelasnya

Bagi projek Residensi Kerinchi pula, beliau berkata, rumah lama merupakan rumah pangsa empat tingkat tanpa lif, kecil, sesak, tercemar dengan serangga dan haiwan perosak serta persekitaran tidak sihat.

Eric berkata, rumah baharu merupakan pangsapuri moden tiga bilik tidur, dua bilik air dengan persekitaran lebih kondusif.

"Dari segi pampasan dan sokongan, setiap penduduk terima pampasan RM8,000 serta kelengkapan rumah seperti mesin basuh 2 dalam 1 dengan pengering, kipas dan pendingin hawa.

"Peningkatan ketara dari segi keselesaan, kebersihan, dan kelengkapan, sekali gus memberikan kehidupan lebih bermaruah dan sihat," ujarnya.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan